Kraf
tembaga dihasilkan melalui campuran tembaga putih, kuning dan zink yang di
masak di dalam relau pada suhu tertentu. Kesabaran adalah kunci paling penting
bagi seorang pembuat tembaga kerana bekerja di dalam situasi yang panas dan
memakan masa.
Proses
membuat tembaga bermula dari proses membuat acuan yang menggabungkan tanah liat
dan lilin. Kemudian campuran logam akan dimasak di dalam relau yang kemudian
akan di tuang ke dalam acuan. Apabila tembaga sudah mengeras acuan akan
dipecahkan dan kemudian akan mengalami proses pengilatan dan cucian. Anda akan
dapat melihat proses membuat tembag ini sekitar Kampung Ladang tidak jauh dari
bandar Kuala Terengganu. Antara barangan tembaga yang dihasilkan adalah tepak
sirih, pemegang lilin, bekas bahulu, bekas bekas abu rokok dan sebagainya yang
di buat sebagai cenderamata ataupun hantaran perkahwinan.
Proses Pertama |
0 comments:
Post a Comment